Monday, January 13, 2014

Ada Apa Dengan Kasut Tumit Tinggi????



            Zaman ini pelbagai fesyen dan bentuk kasut telah dijual di pasaran. Berbagai rekaan yang boleh pengguna dapatkan di pasaran dengan harga yang mengikut citarasa dan kemampuan pembeli. Kasut juga merupakan produk yang pasti akan mendapat sambutan daripada jualan yang dilakukan. Ini kerana kasut merupakan salah satu produk yang penting bagi setiap orang. Ada beberapa tujuan penggunaan kasut ini antaranya ialah untuk bergaya dan juga untuk keselesaan pemakai. Dari kanak-kanak shinggalah orang dewasa pasti mempunyai pelbagai jenis kasut. Ada sandal, kasut bertutup, kasut tumit tinggi dan sebagainya.
            Kasut tumit tinggi pula merupakan kasut yang diguna pakai oleh golongan wanita. Zaman sekarang, pelbagai jenis bentuk dan saiz boleh didapati di pasaran. Minat untuk memakai kasut tumit tinggi pasti tidak dapat dielakkan bagi sesetengah wanita kerana pemakaian kasut jenis ini merupakan salah satu barang perhiasan pada setiap diri wanita dan juga sebahagian daripada naluri seorang wanita yang ingin nampak bergaya.
Memang diakui bahawa kasut bertumit tinggi ini merupakan pelengkap gaya seseorang wanita. Selain rekaannya yang cantik, kasut tumit tinggi juga membuatkan pemakainya berdiri dengan gaya yang menawan berbanding memakai kasut yang rendah. Pemakaian kasut ini juga boleh membuatkan pemakai ini kelihatan setanding dengan supermodel yang berjalan di pentas peragaan sekali gus dapat meningkatkan keyakinan diri dan membuatkan pemakainya itu lebih nampak menarik dan boleh menampakkan mereka kelihatan lebih tinggi dari biasa. Kebiasaannya, kita boleh melihat wanita memakai kasut tumit tinggi ini di majlis-majlis yang berprestij dan juga di pusat membeli-belah.

            Dalam Islam tidak menghalang umatnya untuk kelihatan bergaya dengan barang-barang perhiasan pada diri. Hukum memakai kasut bertumit tinggi dalam Islam ialah tidak haram. Keadaan memakai kasut bertumit tinggi menjadi haram sekiranya melalui pemakaian itu menyebabkan keluar bunyi setiap kali berjalan sehingga boleh menyebabkan orang ramai tertarik pada pemakai dan masa yang sama orang ramai boleh melihat aurat pemakai. Keadaan ini boleh jatuhnya hukum haram kepada pemakaian kasut bertumit tinggi malah sekiranya kasut rendah sekali pun sekiranya pemakai sengaja mengeluarkan bunyi untuk menarik minat orang ramai kepadanya maka itu adalah haram. Ini kerana sikap ini sedikit sebanyak boleh menimbulkan rasa bermegah-megah dan sombong dalam diri pemakai.
Dalam hal ini terdapat hadis yang diriwayatkan oleh An-Nasai’e yang bermaksud “Makanlah kamu dan bersedekahlah serta berakaianlah dengan tidak berlebih-lebih dan tidak bermegah-megah.”
Larangan pemakaian secara berlebihan itu adalah disebabkan boleh menggambarkan kesombongan diri dalam mempamerkan kekayaan atau menunjuk-nunjuk. Sikap seperti ini tidak disukai Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t :
              


Maksudnya : Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.
                                                                                                                   Surah An-Nisaa’, ayat 36

            Selain itu, seorang wanita juga amat dilarang dalam Islam untuk mendedahkan atau mempamerkan kecantikan diriyag bersertakan barang perhiasan yang ada kepada orang ramai yang bukan mahram baginya. Ini kerana berdasarkan firman Allah s.w.t :
              
Maksudnya : Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
                                                                                                          Surah An-Nur. Ayat 31
 Kebaikan memakai Kasut bertumit tinggi
            Antara kelebihan bagi seorang pemakai kasut bertumit tinggi adalah boleh menampakkan pemakai itu lebih begaya. Setiap wanita pasti ingin bergaya dalam pemakaiannya kerana penampilan diri amat penting bagi seorang wanita. Ini boleh menampakkan mereka lebih cantik dan kelihatan lebih menawan ketika berjalan.
            Kelebihan seterusnya ialah mampu meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai. Ini kerana pemakaian kasut tumit tinggi menyebabkan pemakai itu lebih nampak tertarik terutama ketika mengatur langkah berjalan. Ini boleh membuatkan pemakai itu berjalan dengan penuh rasa keyakinan dalam diri dengan kelebihan yang dimilikinya itu.

 Keburukan memakai kasut tumit tinggi
            Pemakaian kasut tumit tinggi boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada diri pemakai. Menurut S.M. Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP ), “ Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke blakang sehingga pinggul keluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Ia boleh menyebabkan kesihatan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan.
            Adakah wanita yang suka memakai kasut seperti ini tidak sedar atau pura-pura tidak sedar bahawa pemakaian kasut tumit tinggi boleh merosakkan badan mereka. Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Professor Madya Dr. John Marymont mendapati bahawa seseorang yang memakai kasut bertumit tinggi 2.5 inci member 50% lebihan tekanan manakala kasut bertumit tinggi 3 inci member 76% lebihan tekanan pada bahagian kaki. Menurut Pakar Perbidanan dan Ginekolog dari Pusat Rawatan Islam ( Pusrawi ) pula, Dr. Asmah Yun Mat Sidek, wanita yang mengandung seharusnya mengelak daripada memakai kasut yang bertumit lebih daripada satu setengah inci atau 3.8cm. ini kerana sewaktu mengandung pusat gravity akan beralih manakala pelvis berubah bentuk dan menanggung babanan tambahan disebabkan oleh berat bayi yang dikandung. Pemakaian kasut tumit tinggi sudah pasti akan mengubah cara sseorang wanita yang hasil itu berjalan.
            Antara keburukan memakai kasut tumit tinggi adalah boleh menyebabkan berlakunya perubahan kedudukan badan secara paksa. Pemakaian kasut seperti itu menyebabkan punggung akan terangkat sdikit dan menolak bahagian dada ke hadapan.
                                   


Kesan daripada pemakaian kasut tumit tinggi tidak terhad pada kaki sahaja tetapi tulang belakang pemakai juga akan terima kesannya. Ini kerana perubahan tapak kaki sepatutnya selari dengan permukaan tanah telah menyebabkan badan pemakai ke hadapan sedikit daripada keadaan biasa sekaligus keadaan ini boleh menyebabkan pemakai terdedah kepada sakit belakang yang serius. Selain itu, fenomena ini juga mengakibatkan kedudukan pelvis berubah sedikit ke hadapan. Untuk mengimbangkan kembali berat, pemakai secara lansung akan menggerakkan kepala dan dagu sedikit ke hadapan dan ini akan mengakibatkan kedakitan pada leher apabila pemakaian kasut tumit tinggi ini dipakai dengan kerap.

 Selain tu pembentukan kematu pada permukaan kulit jari dan tapak kaki juga akan terjadi akibat daripada geseran diantara kasut dan kaki. Keadaan ini juga boleh mengakibatkan berlakunya pembentukan “hammertoe” sekiranya pemakaian kasut tumit tinggi dalam tempoh masa yang panjang dan pemakaian yang kerap. Ini adalah kerana ruang kasut yang meruncing dan sangat sempit di bahagian hadapan dan boleh menyebabkan jari kaki pemakai berubah kedudukan dan sekiranya keadaan ini terjadi pasti tidak dapat diluruskan meskipun pemakai sudah menanggalkan kasut.
             


            Pemakaian kasut yang rata akan mengagihkan berat badan pemakai secara sama rata ke serata kaki. Walaubagaimanapun, kasut tumit tinggi bertindak sebaliknya dengan memberikan keseluruhan berat badan pada hujng kaki pemakai. Semakin tinggi tumit kasut, semakin tinggi daya atau bebanan yang dikenakan pada bahagian jari kaki. Selepas beberapa lama keadaan seperti ini terjadi terutama pemakaian yang setiap hari, pemakai pasti akan merasa ketegangan dan kesakitan pada bahagian hadapan kaki atau ini dikenali sebagai “osteoarthritis”.
5.0 Kesimpulan
            Pemakaian kasut tumit tinggi sememangnya boleh menampakkan seseorang pemakai itu nampak menawan, bergaya dan nampak hebat di mata orang ramai. Bagi sesetengah golongan wanita pula, mereka sanggup berhabiskan duit yang banyak demi mendapatkan ksaut tumit tinggi yang lebih cantik dan menawan sekiranya dipakaikannya sekali gus mampu untuk mendapatkan perhatian orang ramai terhadap dirinya. Tanpa disedari, akibat daripada sikapnya itu boleh membawa kemudaratan yang serius terhadap diri pemakai.
            Oleh itu, pemilihan kasut yang hendak digunakan mestilah mempunyai cirri-ciri yang betul dan selanat untuk digunakan terutama kepada pamakai yang perlu memakainya setiap hari. Antara cirri-ciri kasut tumit tinggi yang selamat dipakai adalah pemakai mestilah memastikan tumit kasut itu tidak terlalu tinggi. Jangan memilih kasut tumit tinggi yang meruncing pada bahagian hujung jari kaki dan pastikan jari kaki pemakai selea ketika memakaikannya. Pemakai perlulah memilih kasut tumit tinggi yang diperbuat daripada kulit atau mikrofiber yang mempunyai struktuk kasut yang lembut kerana ini boleh mengelakkan daripada kaki pemakai melecet. Selain itu, penggunaan Insolia juga akan dapat membantu dalam mengimbangkan berat badan pemakai yang akan tertumpu pada bahagian hujung jari kaki supaya diseimbangkan juga pada bahagian tumit. Akhir sekali kita sebagai pengguna perlulah membuatlah pilihan yang tetap terhadap apa jua barang yg ingin kita gunakan supaya kesihatan kita tidak terjejas dan sentiasa dalam keadaan yang sihat.