Zaman ini pelbagai
fesyen dan bentuk kasut telah dijual di pasaran. Berbagai rekaan yang boleh
pengguna dapatkan di pasaran dengan harga yang mengikut citarasa dan kemampuan
pembeli. Kasut juga merupakan produk yang pasti akan mendapat sambutan daripada
jualan yang dilakukan. Ini kerana kasut merupakan salah satu produk yang
penting bagi setiap orang. Ada beberapa tujuan penggunaan kasut ini antaranya
ialah untuk bergaya dan juga untuk keselesaan pemakai. Dari kanak-kanak
shinggalah orang dewasa pasti mempunyai pelbagai jenis kasut. Ada sandal, kasut
bertutup, kasut tumit tinggi dan sebagainya.
Kasut tumit tinggi
pula merupakan kasut yang diguna pakai oleh golongan wanita. Zaman sekarang,
pelbagai jenis bentuk dan saiz boleh didapati di pasaran. Minat untuk memakai
kasut tumit tinggi pasti tidak dapat dielakkan bagi sesetengah wanita kerana
pemakaian kasut jenis ini merupakan salah satu barang perhiasan pada setiap
diri wanita dan juga sebahagian daripada naluri seorang wanita yang ingin
nampak bergaya.
Memang diakui bahawa kasut bertumit tinggi ini merupakan pelengkap
gaya seseorang wanita. Selain rekaannya yang cantik, kasut tumit tinggi juga
membuatkan pemakainya berdiri dengan gaya yang menawan berbanding memakai kasut
yang rendah. Pemakaian kasut ini juga boleh membuatkan pemakai ini kelihatan setanding
dengan supermodel yang berjalan di pentas peragaan sekali gus dapat
meningkatkan keyakinan diri dan membuatkan pemakainya itu lebih nampak menarik
dan boleh menampakkan mereka kelihatan lebih tinggi dari biasa. Kebiasaannya,
kita boleh melihat wanita memakai kasut tumit tinggi ini di majlis-majlis yang berprestij
dan juga di pusat membeli-belah.
Dalam Islam tidak
menghalang umatnya untuk kelihatan bergaya dengan barang-barang perhiasan pada
diri. Hukum memakai kasut bertumit tinggi dalam Islam ialah tidak haram.
Keadaan memakai kasut bertumit tinggi menjadi haram sekiranya melalui pemakaian
itu menyebabkan keluar bunyi setiap kali berjalan sehingga boleh menyebabkan
orang ramai tertarik pada pemakai dan masa yang sama orang ramai boleh melihat
aurat pemakai. Keadaan ini boleh jatuhnya hukum haram kepada pemakaian kasut
bertumit tinggi malah sekiranya kasut rendah sekali pun sekiranya pemakai
sengaja mengeluarkan bunyi untuk menarik minat orang ramai kepadanya maka itu
adalah haram. Ini kerana sikap ini sedikit sebanyak boleh menimbulkan rasa
bermegah-megah dan sombong dalam diri pemakai.
Dalam hal ini terdapat hadis yang diriwayatkan oleh An-Nasai’e yang
bermaksud “Makanlah kamu dan bersedekahlah serta berakaianlah dengan tidak
berlebih-lebih dan tidak bermegah-megah.”
Larangan pemakaian secara berlebihan itu adalah disebabkan boleh
menggambarkan kesombongan diri dalam mempamerkan kekayaan atau menunjuk-nunjuk.
Sikap seperti ini tidak disukai Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t :
Maksudnya : Dan hendaklah kamu
beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua;
dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan
anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan
jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar,
dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.
Surah An-Nisaa’, ayat 36
Selain itu,
seorang wanita juga amat dilarang dalam Islam untuk mendedahkan atau
mempamerkan kecantikan diriyag bersertakan barang perhiasan yang ada kepada
orang ramai yang bukan mahram baginya. Ini kerana berdasarkan firman Allah
s.w.t :
Maksudnya
: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang
beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan
leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau
bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau
saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang
telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum
mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki
untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya
kamu berjaya.
Surah An-Nur. Ayat 31
Kebaikan memakai Kasut bertumit tinggi
Antara kelebihan
bagi seorang pemakai kasut bertumit tinggi adalah boleh menampakkan pemakai itu
lebih begaya. Setiap wanita pasti ingin bergaya dalam pemakaiannya kerana
penampilan diri amat penting bagi seorang wanita. Ini boleh menampakkan mereka
lebih cantik dan kelihatan lebih menawan ketika berjalan.
Kelebihan
seterusnya ialah mampu meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan
orang ramai. Ini kerana pemakaian kasut tumit tinggi menyebabkan pemakai itu
lebih nampak tertarik terutama ketika mengatur langkah berjalan. Ini boleh
membuatkan pemakai itu berjalan dengan penuh rasa keyakinan dalam diri dengan
kelebihan yang dimilikinya itu.
Keburukan memakai kasut tumit tinggi
Pemakaian kasut
tumit tinggi boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada diri pemakai. Menurut
S.M. Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP ), “ Kasut
tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke blakang
sehingga pinggul keluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah
kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Ia boleh menyebabkan
kesihatan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah
membawa kepada masalah kesuburan.
Adakah wanita yang
suka memakai kasut seperti ini tidak sedar atau pura-pura tidak sedar bahawa
pemakaian kasut tumit tinggi boleh merosakkan badan mereka. Hasil kajian pakar
pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Professor Madya Dr.
John Marymont mendapati bahawa seseorang yang memakai kasut bertumit tinggi 2.5
inci member 50% lebihan tekanan manakala kasut bertumit tinggi 3 inci member
76% lebihan tekanan pada bahagian kaki. Menurut Pakar Perbidanan dan Ginekolog
dari Pusat Rawatan Islam ( Pusrawi ) pula, Dr. Asmah Yun Mat Sidek, wanita yang
mengandung seharusnya mengelak daripada memakai kasut yang bertumit lebih daripada
satu setengah inci atau 3.8cm. ini kerana sewaktu mengandung pusat gravity akan
beralih manakala pelvis berubah bentuk dan menanggung babanan tambahan
disebabkan oleh berat bayi yang dikandung. Pemakaian kasut tumit tinggi sudah
pasti akan mengubah cara sseorang wanita yang hasil itu berjalan.
Antara keburukan
memakai kasut tumit tinggi adalah boleh menyebabkan berlakunya perubahan
kedudukan badan secara paksa. Pemakaian kasut seperti itu menyebabkan punggung
akan terangkat sdikit dan menolak bahagian dada ke hadapan.
Kesan daripada pemakaian kasut tumit tinggi tidak terhad pada kaki
sahaja tetapi tulang belakang pemakai juga akan terima kesannya. Ini kerana
perubahan tapak kaki sepatutnya selari dengan permukaan tanah telah menyebabkan
badan pemakai ke hadapan sedikit daripada keadaan biasa sekaligus keadaan ini
boleh menyebabkan pemakai terdedah kepada sakit belakang yang serius. Selain
itu, fenomena ini juga mengakibatkan kedudukan pelvis berubah sedikit ke
hadapan. Untuk mengimbangkan kembali berat, pemakai secara lansung akan
menggerakkan kepala dan dagu sedikit ke hadapan dan ini akan mengakibatkan
kedakitan pada leher apabila pemakaian kasut tumit tinggi ini dipakai dengan
kerap.
Selain tu pembentukan kematu
pada permukaan kulit jari dan tapak kaki juga akan terjadi akibat daripada
geseran diantara kasut dan kaki. Keadaan ini juga boleh mengakibatkan
berlakunya pembentukan “hammertoe” sekiranya pemakaian kasut tumit
tinggi dalam tempoh masa yang panjang dan pemakaian yang kerap. Ini adalah
kerana ruang kasut yang meruncing dan sangat sempit di bahagian hadapan dan
boleh menyebabkan jari kaki pemakai berubah kedudukan dan sekiranya keadaan ini
terjadi pasti tidak dapat diluruskan meskipun pemakai sudah menanggalkan kasut.
Pemakaian kasut
yang rata akan mengagihkan berat badan pemakai secara sama rata ke serata kaki.
Walaubagaimanapun, kasut tumit tinggi bertindak sebaliknya dengan memberikan
keseluruhan berat badan pada hujng kaki pemakai. Semakin tinggi tumit kasut,
semakin tinggi daya atau bebanan yang dikenakan pada bahagian jari kaki.
Selepas beberapa lama keadaan seperti ini terjadi terutama pemakaian yang
setiap hari, pemakai pasti akan merasa ketegangan dan kesakitan pada bahagian
hadapan kaki atau ini dikenali sebagai “osteoarthritis”.
5.0 Kesimpulan
Pemakaian kasut
tumit tinggi sememangnya boleh menampakkan seseorang pemakai itu nampak
menawan, bergaya dan nampak hebat di mata orang ramai. Bagi sesetengah golongan
wanita pula, mereka sanggup berhabiskan duit yang banyak demi mendapatkan ksaut
tumit tinggi yang lebih cantik dan menawan sekiranya dipakaikannya sekali gus
mampu untuk mendapatkan perhatian orang ramai terhadap dirinya. Tanpa disedari,
akibat daripada sikapnya itu boleh membawa kemudaratan yang serius terhadap
diri pemakai.
Oleh itu,
pemilihan kasut yang hendak digunakan mestilah mempunyai cirri-ciri yang betul
dan selanat untuk digunakan terutama kepada pamakai yang perlu memakainya
setiap hari. Antara cirri-ciri kasut tumit tinggi yang selamat dipakai adalah
pemakai mestilah memastikan tumit kasut itu tidak terlalu tinggi. Jangan
memilih kasut tumit tinggi yang meruncing pada bahagian hujung jari kaki dan
pastikan jari kaki pemakai selea ketika memakaikannya. Pemakai perlulah memilih
kasut tumit tinggi yang diperbuat daripada kulit atau mikrofiber yang mempunyai
struktuk kasut yang lembut kerana ini boleh mengelakkan daripada kaki pemakai
melecet. Selain itu, penggunaan Insolia juga akan dapat membantu dalam
mengimbangkan berat badan pemakai yang akan tertumpu pada bahagian hujung jari
kaki supaya diseimbangkan juga pada bahagian tumit. Akhir sekali kita sebagai
pengguna perlulah membuatlah pilihan yang tetap terhadap apa jua barang yg
ingin kita gunakan supaya kesihatan kita tidak terjejas dan sentiasa dalam
keadaan yang sihat.
No comments:
Post a Comment