Showing posts with label agama Islam. Show all posts
Showing posts with label agama Islam. Show all posts

Monday, February 25, 2013

" Dugaan dan Ujian Seorang Muallaf "

Assalamualaikum.... harini ada topik menarik sikit aku nk kongsi ngan korang semua...
korang kenal x 



semestinya korang kenal kan...ya.. namanya Adam Corrie Lee tahukan dia merupakan seorang Muallaf... dia dh lama peluk Islam ni... siapa sangka.. peyg bawak watak DRAGON dlm cita KL Gangster ni ada byk kisah suka duka dia selepas penghijrahan dia nie... nk taw apa cita dia.. jom kita terjah...



korang sebagai org Islam.. apa yg korang rasa lepas baca komen2 drpd segenlintir org Melayu di atas ni??? jujurnya... aku amat malu sekali ada org Melayu yg perangai mcm ni... suka mengutuk org.. suka hina org.. suka fitnah org... knp ada org yang sanggup perangai mcm ni?? apa diorg ingt depa dh baguih sgt ka??? 

tak sangka begitu susahnya hidup sbg seorang yang bergelar Muallaf... tp aku respect adam corrie ni.. walaupon bermacam org dok kata dia.. tp hati dia masih utuh dgn Islam.. tahniah.. 

nasib baik masa kecik2 dulu adam corrie ni berkawan dgn anak2 ustaz yg baik.. kalau la dia berkawan dgn manusia2 yg mcm di atas tu.. mungkin pintu hatinya tak kan terbuka lg utk Islam sbb ape?? sbbnya dia pikir penganut Islam ni berperangai mcm depa tu... 

sesungguhnya org yg muallaf ini lebih mengenali apa itu Islam.. lebih menghayati apa itu Islam.. lebih mempraktikkan apa yg Islam ajarkan.. itu lah beruntungnya mereka sbb diberi petunjuk dan cahaya Islam dlm hidup depa semua.. 

tp.. bg kita yg sejak lahir sudah agama Islam ni.. kita masih byk kabur tentang Islam.. kita tidak buat mcm mna muallaf buat.. tak semua tp kebanyakan kita memang mcm itu... 

kalau la keadaan bergini berterusan.. memang lama kelamaan Islam akan dipandang hina oleh org yg bragama lain.. nk ka kita mcm tu? hargai la saudara Islam kita yg baru.. bukannya menghina... 

kita sepatotnya membimbim la... berkongsi pendapat.. dgn org muallaf ni.. contohnya bertanya depa mcm mna boleh memilih Islam... aku dh baca apa yg diceritakan oleh adam corrie sendiri dr page FB dia ( sini ).. 

dalam page fb dia ni.. aku dh jumpa mcm2 org yg dok komen .. ada yg baik ada yg menghina ada yang memuji dan sebagainya.. tp seyesly. lepas aku baca.. aku rasa dia manusia yg beruntung.. sbb lebih mengenai apa itu Islam.. 

ada aku baca gak kt page dia mcm mna dia boleh peluk Islam... jom aku kongsikan ngan korang semua..

Saturday, February 2, 2013

" Cintaku Berputik di Gereja, BERKECAI di Pejabat Agama "

assalamualaikum dan selamat sejahtera... hehhe.. apa habaq sekalian semua yg membaca...
urm.. arini aku nk kongsikan cerita yang aku baca dlm MASTIKA edisi NOVEMBER 2012  mukasurat 16-22....
kisah ni x taw la btl ke x.. itu aku x pasti... tp motif utama yg aku nk kongsikan dr cerita ni ialah mengenai PERANAN ORG ISLAM TERUTAMA YG ADA JAWATAN... terhadap org yg baru nk mengenali ISLAM.. sedar atau tak sedar ramai antara org2 yg patot bertanggungkawab untuk ISLAM ni semakin " berlagak angkuh "dan hanyut dgn jawatan yg ada dan merasakan mereka tu sentiasa betul..

ok jom.. aku nk kongsikan dgn korang semua.. baca n nilai la sendiri yew..

                                       

MEMBAWA HATIKU YANG LARA:

  kejadian ini berlaku pada penghujung 1980-an, saya berumur 19 tahun dan tinggal di Ipoh. selepas STPM, saya bekerja dan bertemu dengan pilihan hati saya. Kami bercinta dan akhirnya saya pun mengambil keputusan untuk menyunting kekasih hati saya setelah setahun berkenalan.

   Pada zaman awal 1990-an, berkahwin muda dalam usia 20-an bukan benda pelik. Malangnya, dalam masa pertunangan, badai datang melanda. Tanpa saya sedar, kekasih hati saya pula akhirnya memutuskan hubungan pertunangan, serentak menikah dengan lelaki lain sekampung dengannya.

  Hari perkahwinan mereka adalah serentak dengan hari beliau memutuskan pertunangan saya. Ini mengejutkan saya dan keluarga. Bab saman-menyaman zaman itu tidak berapa popular kecuali menerima dengan hati terluka.

Monday, December 24, 2012

" hukum mengucapkan SELAMAT untuk perayaan agama lain "




setiap kali perayaan agama lain bakal tiba.. mesti timbul isu ini kan.. terutamanya di fb.. hehhee.... kita di Malaysia ni kan ada banyak penganut dari pelbagai agama... so.. soal ni mest akan muncul juga..

ini skadar prkongsian Ilmu yg ada utk manfaat kita semua... sebenarnya.. kita sbagai org Islam tak salah dan TAK HARAM utk mengucapkan selamat utk perayaan agama lain.. contohnya mengucapkan selamat DEEPAVALI utk penganut agama Hindu, Marry Cristmas kpd penganut agama Kristian.... semua yg kita ucapkan kepada mereka tak de salah pon...semua ni Majlis Fatwa Kebangsaan dah pon keluarkan kenyataan.. tp dengan beberapa syarat lah ye...

antara syaratnya.. kita just ucap je.. bukan utk meraikan perayaan mereka tu... satu g.. kita nk raikan pon boleh.. tp kalau melibatkan upacaya keagaan mcm pemujaan ape smua tu, yg tu mang haram..

aku pon x taw nk ulas mcm mna... apa2 hal.. korang leh rujuk di bawah nie

tengok sini

Wednesday, November 28, 2012

" 13 Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita "





13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.


1. Bulu kening – Menurut Imam Bukhari, Rasullulah s.a.w melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.

(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)



2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan 
– (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

 Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….


3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)



4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)



5. Gigi Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya 
– (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani)

 Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)



6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.



" Kelebiham Ayat Kursi "



Kelebihan Ayat Kursi :

1. Baca pada saat keluar rumah,

    70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.

2. Baca saat masuk rumah,
    Kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.

3.  Baca setelah berwudhu,
     Darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.

4.  Baca pada saat tidur,
    Malaikat akan menjagamu sepanjang malam.

5.  Baca setelah solat,
    Maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian.

     Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi Shadaqah Jariyah pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini. Dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat...