Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

Saturday, February 22, 2014

" Jika Dia Bukan Jodohku "

Jika dia bukan jodohku,
Ya Allah... pudarkanlah keindahan wajahnya dari pandanganku...
aku tak ingin mencintai orang yang salah, sungguh...
walaupun melupakannya sangat menyakitkan...
aku tetap akan berusaha untuk sanggup... gugurkanlah satu-persatu dengan perlahan semua kenangan yang sentiasa melekat erat dalam ingatanku... yang sentiasa bermain di benak hatiku..

jika semuanya terhapus dalam waktu yang singkat, aku takut itu akan menyiksa diriku sendiri...

Jika dia bukan jodohku, Ya Allah.. bantulah aku untuk mencabut perasaan tak selesa ini dari hatiku.. aku akan merasa bersalah dan mengutuki diri ku jika dia yang kini masih utuh di hatiku ini bukanlah bakal makmumku...
aku sedar itu tidaklah mudah kerana telah tercipta beribu kenangan bersamanya di dalam hidupku..tapi, demi keredhaan-Mu, apa yang tidak akan aku lakukan ?

Jika dia bukan jodohku, Ya Allah... kumohon, jangan hadirkan wajahnya lagi dalam setiap mimpi-mimpi ku
 itu hanya  akanmembuatku semakin lalai dari mengingati-Mu...

Jika dia bukan jodohku, Ya Allah... jauhkanlah, sejauh yang aku perlukan daripada terdengar namanya dari  pendengaranku...
kerana disebabkan perasaan ini aku tak mampu tenang bila mendengar namanya...

Jika dia bukan jodohku, Ya Allah... jauhkanlah, sejauh yang aku perlukan  untuk menjadikan wajahnya tidak hadir lagi dari pandanganku
kerana  disebabkan perasaan ini hatiku pasti akan terus terluka jika memandang wajahnya.
Engkau lah yang Maha Membolak-balik kan hatiku...
Engkaulah yang Maha Mendengar..

Ya Allah, karuniakan lah aku jodoh yang baik, yang beriman dan bertaqwa kepada-Mu, yang setia, yang mencintai aku dengan tulus ikhlas.. yang sanggup menerima buruk baikku.. yang mampu menyejuk kan hatiku, yang mampu menenangkan jiwa ku, 
 berikanlah secebis kebahagiaan kepada ku ya Rabb,
bimbinglah aku agar keluarga ku nanti boleh menjadi keluarga Sakinah, Mawaddah, Wa Rahmah..


Aamiin ya Rabbal’alamiin..



 

NO MORE TEAR

Sunday, November 3, 2013

Bajet 2014 Untuk Pelajar IPT

Assalamualaikum... Seperti yang kita sedia maklum, pada 25 Oktober 2013 telah berlansungnya Pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana  Menteri kita. Bajet 2014 kali ini digubal untuk mempastikan pertumbuhan ekonomi terus berkembang kukuh dan mengurangkan defisit fiskal negara, dengan matlamat kesuluruhannya Memakmurkan Negara dan Mensejahterakan Rakyat. Bagi memenuhi maksud ini, Bajet 2014 telah dirangka dengan bertemakan " MEMPERTEGUHKAN EKONOMI, MEMPERKASAKAN TRANSFORMASI DAN MELAKSANAKAN JANJI ".

Antara teras utama dalam Bajet 2014 ini adalah :
1. Merancak Aktiviti Ekonomi
2. Mengukuhkan Pengurusan Fiskal
3. Mengunggul Modal Insan
4. Mempergiat Pembangunan Bandar dan Luar Bandar
5. Mensejahterakan Kehidupan Rakyat

Daripada 5 aspek yang ditekankan ini, saya akan fokuskan kepada yang berkaitan dengan manfaat kepada pelajar IPT. Saya turut sertakan teks ucapan Perdana Menteri kita selaku Menteri Kewangan Malaysia mengenai bajet untuk pendidikan di MAlaysia khususnya untuk pelajar IPT.

 Melalui sudut ini, pihak Kerajaan ingin meningkatkan tahap kualiti seorang pelajar setelah mereka tamat belajar. Oleh itu mengambil langkah inisiatif untuk memudahkan dan menyelesakan pelajar untuk melalui proses pembelajaran mereka. Hanya pelajar sahaja yang prlu berusaha dan mengambil manfaat sepenuhnya atas keprihatinan kerajaan.
 Tujuan utama kerajaan melakukan ini semua adalah untuk menyediakan tenaga kerja yang produktif dan berkemahiran tinggi serta berkualiti tinggi untuk memudahkan kebolehpasaran pelajar setelah habis belajar. Kerajaan juga memperuntukkan jumlah wang yang tinggi kepada institut kemahiran.

Seterusnya ialah bantuan Baucer Buku 1Malaysia. Melalui bantuan ini, kerajaan telah memberikan peruntukan yang tinggi kepada mahasiswa untuk membantu mendapatkan buku dengan menggunakan baucer yang bernilai RM250. Walaupun nilai baucer tidak banyak, namun sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan sedikit beban kepada mahasiswa ntuk membeli bahan bacaan yang akan digunakan untuk proses pembelajaran dan juga tugasan. Namun, ada juga pelajar yang tidak bersyukur dan melanggar arahan penerima baucer yang diberikan. Ada juga pelajar yang menukarkan nilai baucer ini kepada "cash" walaupun nilai yang diperolehi pelajar itu lebih rendah daripada nilai baucer yang sebenar. Bagi saya, ini bukan salah kerajaan tetapi sikap pelajar yang tidak bersyukur itu yang membuatkan mereka tidak menghargai apa yang kerajaan berikan kepada mereka sebagai satu usaha untuk membantu semua mahasiswa.

Sebagai mahasiswa, kita mestilah menggunakan segala manfaat dan kemudahan serta bantuan yang diberikan kerajaan kepada kita dengan sebaiknya. Jangan kita salahgunakan bantuan yang diberikan untuk kepentingan diri sendiri. Kerajaan mahukan generasi akan datang lebih berkebolehan dan mampu untuk meneruskan serta meningkatkan kualiti pentadbiran dan ekonomi negara pada masa akan datang. Kita sebagai mahasiswa juga perlulah menggunakan segala bantuan yang diberikan dengan sebaik mungkin.

link untuk membaca ucapan penuh Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2014 


Friday, October 25, 2013

BODOHKAH IBUKU ANDAI TIADA IJAZAH,MASTER @ PHD.....??

Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.

Tiba giliran Naqiyudin, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.

Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!

"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."

Pendedahan Naqiyudin itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.

"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"

Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin itu.

"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."

Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin itu.

"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin di hadapan tu!"

Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.

"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."

Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.

"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"

Cikgu Yong mengangguk.

"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"

Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin.

"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."

Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin sudah menyerang balas dahulu.

"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.

Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!

Kau ada...??"

Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.

Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.

***

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!....

Aku sayangkan IBU aku lebih daripada segalanya.. dialah kekuatan ku.. dialah ubat ku.. dialah penawar bagiku.. dan dialah SEGALANYA bagiku..

Wednesday, October 16, 2013

" Keracunan Makanan "

   Assalamualaikum para pembaca blog sekalian. kali ini saya nak berkongsi entri mengenai keracunan makanan. Seperti yang kita tahu, baru-baru ini kita telah di kejutkan dengan satu kes keracunan makanan yang menyebabkan tiga orang maut, tiga dalam keadaan kritikal manakala 59 orang yang lain telah dimasukkan ke hospital ekoran keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di salah satu kawasan di Negeri Kedah.

   Mengenai keracunan makanan ini, adakah kita tahu apa maksud sebenar keracunan makanan? Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang telah tercemar.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan keracunan makanan terjadi antaranya ialah :
   1. Bakteria atau racun (toksin) dan virus.
   2. Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai.
  3. Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasil laut bercengkerang seperti kekerang.

   Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan seseorang itu telah atau mungkin mengalami keracunan makanan antara tanda-tanda tersebut ialah rasa loya, cirit-birit, muntah-muntah, sakit perut, sakit kepala dan berpeluh atau demam.

   Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan.

Terdapat beberapa sebab terjadinya keracunan makanan. Antara sebabnya ialah :
     1. Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama atau lebih dari 4 jam.
     2. Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
     3. Makanan tidak disimpan dengan baik. Comtohnya makanan yang mentah telah disimpan bersama         dengan makanan yang telah dimasak.
     4. Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna.
     5. Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih.
   
   Dengan dinyatakan sebab-sebab keracunan makanan ini, kita perlulah mengambil langkah yang betul untuk mengelakkan diri  kita daripada terlibat dengan keracunan makanan. Kita perlulah sentiasa menjaga kebersihan diri kita dengan betul contohnya seperti membasuh tangan dengan bersih sebelum makan. Sekiranya anda tukang masak atau selalu masak untuk keluarga, pastikan memasak dengan sempurna terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut. Pastikan air dan bahan mentah yang digunakan itu bersih sebelum memasak. Disebabkan inilah agama Islam amat mementingkan aspek kebersihan dalam pemakanan. Konsep Halalan Toyyiban  perlu dipraktikkan dalam setiap aktiviti terutama yang melibatkan makanan.

   Marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan kita melalui cara pemakanan kita supaya kesihatan kita terjamin dan memudahkan kita untuk melakukan urusan harian kita dengan lancar.

Friday, October 4, 2013

" Budi Bahasa Melambangkan Keperibadian Diri "

Assalamualaikum semua blogger sekalian...

Sudah pasti semua orang tahu apa itu budi bahasa? Perkataan ini sudah acap kali kita kedengaran semenjak kita kanak-kanak lagi sehinggakan negara kita ini pernah mengadakan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita. Berapa ramaikah antara kita yang betul-betul memahami apa maksud sebenar budi bahasa? Budi bahasa lazimnya merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal dan kebijaksanaan serta perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata serta perbuatan seseorang. 

Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan sikap yang bersopan-santun dan berbudi bahasa. Perkara ini amat diambil berat oleh masyarakat Melayu. Amalan budi bahasa ini juga bukan sahaja penting dalam masyarakat Melayu, malahan dalam semua masyarakat sememangnya mengajar kita untuk hidup dengan cara yang lebih baik. Tujuan kita mengamalkan cara hidup dengan berbudi bahasa ini adalah untuk mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni, saling bantu-membantu, hormat-menghormati, berkasih sayang sesama insan yang lain.

Baru-baru ini, kita dihebohkan dengan satu kejadian dimana seorang isteri kepada pemain bola sepak negara telah memaki hamun dan menendang kaki seorang pakcik yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah lapangan trbang di negara ini. Dalam video yang telah heboh di laman sosial seperti facebook dan youtube, jelas sekali kita boleh melihat bagaimana seorang perempuan yang masih muda telah memaki hamun seorang pakcik yang telah berusia. Perbuatan seperti ini jelas menunjukkan bahawa perempuan itu tidak mempunyai budi bahasa dan perkara ini telah heboh satu Malaysia dan masyarakat banyak yang menuding jari mengatakan bahawa wanita itu yang brsalah dan tidak berbudi bahasa dan tidak menghormati seorang yang lebih tua daripadanya. 

Kita sebagai masyarakat yang berbudi bahasa perlulah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Walaupun kita berada di pihak yang benar, kita tidak boleh menjatuhkan maruah orang lain yang lebih tua daripada kita terutama di khalayak ramai. Kita perlu selesaikan segala masalah yang dihadapi itu dengan cara yang lebih profesional dan tidak perlu untuk memaki atau menghina sesiapa sahaja. Cuba kita bayangkan pakcik guard itu merupakan ayah kita, apakah perasaan kita setelah dia dimarahi, dimaki dan dihina di hadapan khalayak ramai? Sudah pasti kita marah. Kalau kita boleh menghina orang lain tidak mustahil orang lain boleh menghina keluarga kita. Hidup ini umpama putaran roda, sekajp kita berada di atas dan kita juga akan berada di bawah. Kita hormati orang lain dan semestinya orang lain akan hormati kita.

Ingatlah bahawa budi bahasa melambangkan ketinggian ilmu agama dan ketakwaan seseorang. Tiada budi bahasa bermaksud bangsa semakin hampir menuju ke arah kehancuran dalam segi nilai moral dan ilmu agama. Marilah kita berusaha agar kita mampu untuk berbicara dengan menggunakan bahasa yang sopan agar generasi akan datang tidak menerima akhlak yang tidak baik hasil daripada contoh perlakuan kita pada masa sekarang. 

ingat lah BUDI BAHASA MELAMBANGKAN KEPERIBADIAN DIRI




Monday, September 30, 2013

Kepentingan Sebuah Kemerdekaan




MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!... Laungan  inilah yang seringkali kita kedengaran apabila tibanya 31 OGOS setiap tahun. Tarikh ini merupakan tarikh keramat untuk negara Malaysia iaitu tarikh kemerdekaan negara. Apa itu merdeka?. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, merdeka ialah bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan, dan lain-lain dan lepas daripada tebusan, tuntutan dan berdiri sendiri, tidak bergantung pada yang lain. Kemerdekaan pula bermaksud membebaskan diri insan daripada belenggu dan memberi ruang untuk warga sesuatu negara membangunkan negaranya berasaskan acuan sendiri.

     Menyingkap kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak tahun 1511 hingga Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini menempuh pelbagai rintangan dalam usaha untuk memperoleh kemerdekaan. Ramai tokoh-tokoh kemerdekaan yang telah berjuang dan mereka sanggup menjadikan nyawa mereka sebagai cagaran demi membela anak bangsa dan tanah tumpah darah mereka sendiri.

     Kemerdekaan negara mempunyai beberapa kepentingan terutamanya kepada individu, masyarakat dan juga negara. Kepentingan individu merupakan satu ruang skop yang kecil tetapi memberikan kesan yang mendalam terhadap negara. Setiap individu tanpa mengira umur serta pangkat dan darjat perlu menghayati kepentingan sebenar kemerdekaan. Sekiranya setiap individu menghayati setiap semangat juang yang ditunjukkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan, sudah pasti perkara ini boleh memberikan satu suntikan semangat kepada setiap diri individu untuk memberikan sumbangan serta bakti kepada negara yang tercinta ini.

     Nikmat kemerdekaan yang dikecapi ini, setiap individu bebas melakukan apa sahaja tanpa perlu risau terutamanya bagi mereka yang masih belajar sama ada di bangku sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Golongan seperti ini bebas untuk bersuara dalam mengeluarkan pendapat. Setiap pendapat atau buah fikiran yang dinyatakan itu merupakan satu proses pembelajaran dan sekiranya pendapat itu salah sekali pun, tidak sewajarnya mereka dihukum. Disebabkan inilah pentingnya ilmu pengetahuan kepada setiap individu kerana dengan adanya ilmu pengetahuan, kita boleh mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita dalam membangunkan negara kita ini tanpa mengharapkan bantuan daripada pihak asing.






Monday, February 25, 2013

" Dugaan dan Ujian Seorang Muallaf "

Assalamualaikum.... harini ada topik menarik sikit aku nk kongsi ngan korang semua...
korang kenal x 



semestinya korang kenal kan...ya.. namanya Adam Corrie Lee tahukan dia merupakan seorang Muallaf... dia dh lama peluk Islam ni... siapa sangka.. peyg bawak watak DRAGON dlm cita KL Gangster ni ada byk kisah suka duka dia selepas penghijrahan dia nie... nk taw apa cita dia.. jom kita terjah...



korang sebagai org Islam.. apa yg korang rasa lepas baca komen2 drpd segenlintir org Melayu di atas ni??? jujurnya... aku amat malu sekali ada org Melayu yg perangai mcm ni... suka mengutuk org.. suka hina org.. suka fitnah org... knp ada org yang sanggup perangai mcm ni?? apa diorg ingt depa dh baguih sgt ka??? 

tak sangka begitu susahnya hidup sbg seorang yang bergelar Muallaf... tp aku respect adam corrie ni.. walaupon bermacam org dok kata dia.. tp hati dia masih utuh dgn Islam.. tahniah.. 

nasib baik masa kecik2 dulu adam corrie ni berkawan dgn anak2 ustaz yg baik.. kalau la dia berkawan dgn manusia2 yg mcm di atas tu.. mungkin pintu hatinya tak kan terbuka lg utk Islam sbb ape?? sbbnya dia pikir penganut Islam ni berperangai mcm depa tu... 

sesungguhnya org yg muallaf ini lebih mengenali apa itu Islam.. lebih menghayati apa itu Islam.. lebih mempraktikkan apa yg Islam ajarkan.. itu lah beruntungnya mereka sbb diberi petunjuk dan cahaya Islam dlm hidup depa semua.. 

tp.. bg kita yg sejak lahir sudah agama Islam ni.. kita masih byk kabur tentang Islam.. kita tidak buat mcm mna muallaf buat.. tak semua tp kebanyakan kita memang mcm itu... 

kalau la keadaan bergini berterusan.. memang lama kelamaan Islam akan dipandang hina oleh org yg bragama lain.. nk ka kita mcm tu? hargai la saudara Islam kita yg baru.. bukannya menghina... 

kita sepatotnya membimbim la... berkongsi pendapat.. dgn org muallaf ni.. contohnya bertanya depa mcm mna boleh memilih Islam... aku dh baca apa yg diceritakan oleh adam corrie sendiri dr page FB dia ( sini ).. 

dalam page fb dia ni.. aku dh jumpa mcm2 org yg dok komen .. ada yg baik ada yg menghina ada yang memuji dan sebagainya.. tp seyesly. lepas aku baca.. aku rasa dia manusia yg beruntung.. sbb lebih mengenai apa itu Islam.. 

ada aku baca gak kt page dia mcm mna dia boleh peluk Islam... jom aku kongsikan ngan korang semua..

Wednesday, November 28, 2012

" Salah Siapa "




Ada seorang lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ini sangat cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan bertudung, tapi sayang baju dia ketat.

Walaupun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada.
Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

Si lelaki ini, masa mula-mula dia duduk di sebelah perempuan tu dia masih dapat ‘control’ lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala.

Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. “Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok ‘real’ kan?”

Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas. Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas.

Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

“Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!” Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya.

Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?

Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.

Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya.

Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak. You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu.

Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.

Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:

" 13 Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita "





13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.


1. Bulu kening – Menurut Imam Bukhari, Rasullulah s.a.w melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.

(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)



2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan 
– (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

 Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….


3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)



4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)



5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya 
– (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani)

 Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)



6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.



Thursday, November 1, 2012

Secrets To Be a Winner

You are a normal person? Not an artist? Not a member business? Not a scientist? Not the famous? Do not worry, here are some tips for you. Tips that will make you attractive, personally become full of charm.
                                                


1. Changed with time and place!
Do not always follow the negative feelings, such as: feeling tired, worn out, saturation, or punished with the past. Smile, and the world will smile with you! Howl, and you will cry alone! Pearl said this require that we always be happy where we are and at any time. If we feel as the most sad or suffering in this world, be assured that there are many others who suffer more than us.

2. Look acquaintance, friend, companion, interacting as much!
Often, had often traveled, exploring the world. The more often you meet and interact with many people, then you will be more mature personality without you knowing it.

3. Love others as yourself love.
With love, life becomes beautiful, friendship be eternal, and permanent friendship built. Definitely sincere love that is given without consideration, without expecting reward except from God alone.

Challenge Yourself To Succeed


                              

Success is not a mystery that is not revealed. Even if a person has to do a thing, other people certainly can do it too. We may not aspire so high as Datuk Azhar Mansor who sail in the high seas alone or as Datuk Abdul Malek who swam across the English Channel, or as Shalin Zulkifli, who became the queen of country bowling or as Sui Lin Yap who got 16A in his SPM.

But let just comfortable with their usual until there is nothing we can be proud of or to be told to our children later. At least, if we as workers then strive to be excellent employees to receive awards from employers. If we were an entrepreneur build for our business empire that can be inherited by offspring. If we as a student learn and strive to reach the highest level.

Success may be defined as the achievement of a goal or meet the targets set by him. Thus success is a subjective and relative forms with the individual. For an entrepreneur, earning RM10, 000 per month, is for the initial target and for which it is a success. But RM10, 000 it could be a failure for the entrepreneur is typically able to generate income of RM50, 000 per month. When we arrived to set goals we begin to feel comfortable. After a while we feel there is nothing more challenging at that level. If we continue to be in the comfort zone then sooner or later we will fail because others are more advanced. Therefore it was necessary for us after reaching a target, then challenge yourself to the extent that in turn developed. Here are some steps you can take to challenge yourself to move forward in life.

1. Place Target High

When a goal is achieved, then please do continue to set new goals even higher. For example, once as a student number that we can often last in the class then start swinging the goal to put our name in the 10 best students. Challenge yourself to make a conscious effort to achieve the target. If one day we managed to make it happen, then started to put the new target to be the number one student in turn. If we are an entrepreneur then put the target to expand our business to all corners of the state is not just a local deal only. If the target is achieved, challenge yourself with a new target to expand to the whole country and not possible after it reaches the international level. This ambitious target is always making us look ahead. As a result, without realizing we are becoming more advanced in the field that we are indulging.