Sunday, November 3, 2013

Bajet 2014 Untuk Pelajar IPT

Assalamualaikum... Seperti yang kita sedia maklum, pada 25 Oktober 2013 telah berlansungnya Pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana  Menteri kita. Bajet 2014 kali ini digubal untuk mempastikan pertumbuhan ekonomi terus berkembang kukuh dan mengurangkan defisit fiskal negara, dengan matlamat kesuluruhannya Memakmurkan Negara dan Mensejahterakan Rakyat. Bagi memenuhi maksud ini, Bajet 2014 telah dirangka dengan bertemakan " MEMPERTEGUHKAN EKONOMI, MEMPERKASAKAN TRANSFORMASI DAN MELAKSANAKAN JANJI ".

Antara teras utama dalam Bajet 2014 ini adalah :
1. Merancak Aktiviti Ekonomi
2. Mengukuhkan Pengurusan Fiskal
3. Mengunggul Modal Insan
4. Mempergiat Pembangunan Bandar dan Luar Bandar
5. Mensejahterakan Kehidupan Rakyat

Daripada 5 aspek yang ditekankan ini, saya akan fokuskan kepada yang berkaitan dengan manfaat kepada pelajar IPT. Saya turut sertakan teks ucapan Perdana Menteri kita selaku Menteri Kewangan Malaysia mengenai bajet untuk pendidikan di MAlaysia khususnya untuk pelajar IPT.

 Melalui sudut ini, pihak Kerajaan ingin meningkatkan tahap kualiti seorang pelajar setelah mereka tamat belajar. Oleh itu mengambil langkah inisiatif untuk memudahkan dan menyelesakan pelajar untuk melalui proses pembelajaran mereka. Hanya pelajar sahaja yang prlu berusaha dan mengambil manfaat sepenuhnya atas keprihatinan kerajaan.
 Tujuan utama kerajaan melakukan ini semua adalah untuk menyediakan tenaga kerja yang produktif dan berkemahiran tinggi serta berkualiti tinggi untuk memudahkan kebolehpasaran pelajar setelah habis belajar. Kerajaan juga memperuntukkan jumlah wang yang tinggi kepada institut kemahiran.

Seterusnya ialah bantuan Baucer Buku 1Malaysia. Melalui bantuan ini, kerajaan telah memberikan peruntukan yang tinggi kepada mahasiswa untuk membantu mendapatkan buku dengan menggunakan baucer yang bernilai RM250. Walaupun nilai baucer tidak banyak, namun sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan sedikit beban kepada mahasiswa ntuk membeli bahan bacaan yang akan digunakan untuk proses pembelajaran dan juga tugasan. Namun, ada juga pelajar yang tidak bersyukur dan melanggar arahan penerima baucer yang diberikan. Ada juga pelajar yang menukarkan nilai baucer ini kepada "cash" walaupun nilai yang diperolehi pelajar itu lebih rendah daripada nilai baucer yang sebenar. Bagi saya, ini bukan salah kerajaan tetapi sikap pelajar yang tidak bersyukur itu yang membuatkan mereka tidak menghargai apa yang kerajaan berikan kepada mereka sebagai satu usaha untuk membantu semua mahasiswa.

Sebagai mahasiswa, kita mestilah menggunakan segala manfaat dan kemudahan serta bantuan yang diberikan kerajaan kepada kita dengan sebaiknya. Jangan kita salahgunakan bantuan yang diberikan untuk kepentingan diri sendiri. Kerajaan mahukan generasi akan datang lebih berkebolehan dan mampu untuk meneruskan serta meningkatkan kualiti pentadbiran dan ekonomi negara pada masa akan datang. Kita sebagai mahasiswa juga perlulah menggunakan segala bantuan yang diberikan dengan sebaik mungkin.

link untuk membaca ucapan penuh Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2014 


No comments:

Post a Comment