setiap daripada kita sudah pasti mempunyai sejarah/ kenangan yang lama/ kisah yg lama. samada kisah itu memori yang indah ataupon sejarah hitam yang menghantui diri kita. punca berlakunya sejarah hitam adalah berpunca daripada kita sndri. tambahan kalau masa itu kita masih dalam usia belasan tahun bak kata org, baru nk matang n baru nk kenal dunia luar.
walaupon sejarah hitam kita it telah lama berlalu. jgnlah kita selalu pikirkannya. biarkan saja ia berlalu dan sbb itu lah tajuk n3 kali nie buang yang keruh amik yg jernih. siapa yang ak pernah lakukan kesilapan?? kita manusia yang serba kekurangan. mudah untuk kita melakukan kesilapan jika kelalaian kita menguasai diri, keseronokan duniawi menyelubungi diri kita.
walau apa pon yang telah kita lakukan, kita harus ingat bahawa Allah SWT itu Maha Pengasih dan Penyayang dan Maha Pengampun. sebesar mana salah kita pada masa lampau, tadahlah tangan kita untuk memohon ampun dan bertaubat dengan seikhlas hati. sudah pastu Allah SWT akan ampunkan.
jangan kita terlalu menyalahkan diri kita dan menganggap diri kita seorang yg hina dan keji, jijik dan kotor. smua itu kita boleh ubah. kalau diri kita dahulunya dibenci ramai org sbb sikap kita yang tidak disenangi itu, tp ingatlah, diri kita yang sekarang ada lebih ramai org yang menyayangi dan menghargai kita sebagai seorang insan yang baru. mereka sntiasa ada di samping kita, sentiasa memberikan kita semangat utk terus melangkah. tahulah bahawa kita tidak prnah keseorang dalam dunia ini.
:)
No comments:
Post a Comment