korang kenal x
semestinya korang kenal kan...ya.. namanya Adam Corrie Lee tahukan dia merupakan seorang Muallaf... dia dh lama peluk Islam ni... siapa sangka.. peyg bawak watak DRAGON dlm cita KL Gangster ni ada byk kisah suka duka dia selepas penghijrahan dia nie... nk taw apa cita dia.. jom kita terjah...
korang sebagai org Islam.. apa yg korang rasa lepas baca komen2 drpd segenlintir org Melayu di atas ni??? jujurnya... aku amat malu sekali ada org Melayu yg perangai mcm ni... suka mengutuk org.. suka hina org.. suka fitnah org... knp ada org yang sanggup perangai mcm ni?? apa diorg ingt depa dh baguih sgt ka???
tak sangka begitu susahnya hidup sbg seorang yang bergelar Muallaf... tp aku respect adam corrie ni.. walaupon bermacam org dok kata dia.. tp hati dia masih utuh dgn Islam.. tahniah..
nasib baik masa kecik2 dulu adam corrie ni berkawan dgn anak2 ustaz yg baik.. kalau la dia berkawan dgn manusia2 yg mcm di atas tu.. mungkin pintu hatinya tak kan terbuka lg utk Islam sbb ape?? sbbnya dia pikir penganut Islam ni berperangai mcm depa tu...
sesungguhnya org yg muallaf ini lebih mengenali apa itu Islam.. lebih menghayati apa itu Islam.. lebih mempraktikkan apa yg Islam ajarkan.. itu lah beruntungnya mereka sbb diberi petunjuk dan cahaya Islam dlm hidup depa semua..
tp.. bg kita yg sejak lahir sudah agama Islam ni.. kita masih byk kabur tentang Islam.. kita tidak buat mcm mna muallaf buat.. tak semua tp kebanyakan kita memang mcm itu...
kalau la keadaan bergini berterusan.. memang lama kelamaan Islam akan dipandang hina oleh org yg bragama lain.. nk ka kita mcm tu? hargai la saudara Islam kita yg baru.. bukannya menghina...
kita sepatotnya membimbim la... berkongsi pendapat.. dgn org muallaf ni.. contohnya bertanya depa mcm mna boleh memilih Islam... aku dh baca apa yg diceritakan oleh adam corrie sendiri dr page FB dia ( sini )..
dalam page fb dia ni.. aku dh jumpa mcm2 org yg dok komen .. ada yg baik ada yg menghina ada yang memuji dan sebagainya.. tp seyesly. lepas aku baca.. aku rasa dia manusia yg beruntung.. sbb lebih mengenai apa itu Islam..
ada aku baca gak kt page dia mcm mna dia boleh peluk Islam... jom aku kongsikan ngan korang semua..
Assalamualaikum sahabat-sahabat.
Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam.
Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman
13 July 2007 in Bangunan PERKIM jln ipoh
13 Julai 2007,
Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah.
Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha.
Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain.
Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.
Bagaimana boleh peluk Islam?
1. Kaabah. - sy suka tgk kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana.
2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.
3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama sy kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah.
Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur;
"Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah."
Ketika tidur saya telah bermimpi SEPERTI berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum. Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu. INSAN atau Hamba Allah tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu.
Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah. Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya :)
Ketika mengerjakan Umrah, saya solat di hadapan Kaabah
Alhamdulillah :) beberapa kali masuk waktu solat. Saya dapati dahi saya membengkak seperti telur. Apabila ia membengkak ia menyukarkan saya sujud. Tapi gagahkan juga untuk sujud. Bengkak di dahi tersebut surut memakan masa 4 bulan untuk surut sepenuhnya sedikit demi sedikit. Dan masih ada kesan tanda hingga sekarang.
Hadiah dari Allah ketika menjadi tetamuNya.
Alhamdulillah :)
p/s : masih menghormati agama keluarga saya. tidak pernah kata memandang hina pada agama lain. Belajar menghormati bangsa lain dan agama lain.
ini diceritakan sendiri oleh adam corrie di page fb dia pada 25.2.2013 around pukul 1 tgh ari cam tu.. sungguh tak ku sangka bgitu indah cerita dia... beruntungnya dia memperolehi mimpi mcm tu..
kpd adam corrie... aku mendoakan agar kamu diberikan kesabaran. ketabahan.. rezeki yang baik dan segala kesenangan di dunia ini.. semoga urusan hidupmu dipermudahkan oleh NYA...
kpd mereka yang suka beranggapan negatif terhadap org muallaf ni...hentikanlah.. kita patot memberikan mereka sokongan..
ape pon.. aku harapkan perkongsian aku kali ni dpt memberikan sedikit sebanyak ttg apa itu Islam...
assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment