13
Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.
1. Bulu kening – Menurut Imam Bukhari, Rasullulah s.a.w melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta
supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil
Bari.)
2. Kaki dan semacam
hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan
– (Petikan dari
Surah An-Nur Ayat 31.)
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/
melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang
mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati
suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang
berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi
bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya
– (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani)
Dilaknat
perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah
kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan :
Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang
menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah
dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya
seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan
kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim
dan Bukhari.)
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad s.a.w, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan
lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan
seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam
berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik
(Petikan dari Surah Al Ahzab
Ayat 32.)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan
dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan
penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah
mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada
pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan
dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang
menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat
nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu
supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha
pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian
tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk
melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium
baunya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keterangan : Wanita
yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka
bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut – "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan
digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan
mahramnya."
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling
sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
No comments:
Post a Comment